IMIGRESEN MALAYSIA

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA


Jabatan Imigresen Malaysia - Bahagian Pekerja Asing

Fungsi
Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan dan prosedur pekerja asing dalam bidang tugas seperti berikut: 
  1. Mengeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) baru dan lanjutkan PLKS kepada pekerja asing. 
  2. Mengeluarkan surat kelulusan Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) kepada pekerja asing / pembantu rumah asing yang baru memasuki Malaysia selepas mendapat kelulusan pengambilan pekerja asing daripada Kementerian Dalam Negeri. 
  3. Mengeluarkan Memo Periksa keluar bagi pekerja asing / pembantu rumah asing yang dihantar pulang ke Negara asal.
  4. Mengendalikan siasatan dan rujukan bagi kes kehilangan paspot pekerja asing / pembantu rumah asing, pindah sementara pekerja asing sektor yang dibenarkan, permohonan pertukaran nama dan alamat syarikat, kes pekerja asing / pembantu rumah asing melarikan diri dari majikan dan pengesahan ketulinan Pas Lawatan Kerja Sementara bagi pekerja asing / pembantu rumah asing yang ditangkap.
  5. Bertanggungjawab mengendalikan tuntutan balik bayaran levi, wang cagaran dan pelepasan jaminan bank.
  6. Bertindak menyita wang cagaran / jaminan bank / jaminan insuran / personal bond sekiranya pekerja asing melarikan diri.
OBJEKTIF  
Menguruskan Hal Imigresen berkaitan Pekerja Asing selaras dengan kepentingan dan keselamatan negara. 

VISI 
Berazam menjadi Bahagian Penanda Aras, Berprestasi Tinggi dan Berintegriti dalam Jabatan Imigresen Malaysia.
 

MISI 
Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan permohonan pekerja asing dan aktiviti berkaitan dengannya selaras dengan pembangunan ekonomi dan keselamatan negara dengan penuh integriti.

SLOGAN 

Berkhidmat Dengan Bijaksana, Pelanggan Diutamakan.

DASAR KUALITI 

Bahagian Pekerja Asing bertekad menyediakan perkhidmatan di mana Pelanggan Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dari semasa ke semasa.

STRUKTUR ORGANISASI 

  1. Unit Pentadbiran/Hasil 
  2. Unit Pembantu Rumah Asing
  3. Unit VDR/ Outsourcing
  4. Unit Naziran / Siasatan
  5. Unit Lanjutan /C.O.M
Untuk maklumat lanjut sila hubungi laman web iaitu www.imi.gov.my 

No comments:

Post a Comment